CERITA KOMBUCHA LAGI
Kak Piah sekeluarga memang dah ketagih ngan air kombucha ni, tak boleh hidup tanpanya. Minum airnya buat lawas membuang, hilang sakit sendi, bikin imun badan bertambah bagus juga Alhamdulillah.
Rasanya masam macam minum air tea o limau tapi ada rasa sedikit bersoda, ada yang kata rasanya menyamai rasa air zapple. Modal murah jer nak membuat air probiotik kombucha ni, hanya guna air tea o manis sahaja, peram 7 hari, siap air best ni.
Ada yang cakap, dia peram dalam tanah, dia tanam. Itu pun salah satu cara yang bagus dalam proses fermentasi. Kita buat dia 😍
Boleh jer TRY AND ERROR ataupun TERAI AND BERJAYA.
Yang pentingnya ialah air ini kaya dengan probiotik dan ia adalah halal.
Khasiat Teh Kombucha
membantu penghadaman.
menurunkan beratbadan.
meningkatkan tenaga.
improve digestive system
detoksifikasi badan.
membantu sistem imun.
mengurangkan sakit sendi.
masalah batuk dan asthma.
mengurangkan risiko kanser.
CARA MEMBUAT AIR SCOBY KOMBUCHA EDISI VIDEO
Bekas besar.
Air tea o 3 liter.
Gula putih 1 cup.
Scoby+air starter
Kacau gula hingga sebati bersama tea o.
Masukkan scoby+air starter.
BEKAS JANGAN DI TUTUP KETAT.
Peram 7 hari kat tempat gelap.
SELAMAT MENCUBA
Boleh hubungi Kak Piah jika perlu dengan menekan link dibawah.
WHATSAPP https://wa.me/601127708450
FACEBOOK http://www.facebook.com/share/52tf8S8T1LSdXtD5/?mibextid=qi2Omg
TIKTOK https://www.tiktok.com/@kakpiahmersing?_t=8qEo7kl8rge&_r=1
SHOPEE http://shopee.com.my/sapiah1978?smtt=0.0.9
No comments:
Post a Comment