SABUN HOMEMADE
Hai semua, jumpa lagi. Kali ni Kak Piah nak bercerita pasal SABUN HOMEMADE pula. Kamu semua pun boleh buat sabun sendiri di rumah. Ada dua teknik untuk membuat sabun iaitu teknik COLD PROSES dan HOT PROSES. Teknik cold proses tidak memerlukan penggunaan dapur gas manakala teknik hot proses memerlukan penggunaan dapur gas.
Ini ialah sebahagian daripada sabun homemade yang Kak Piah hasilkan menggunakan minyak sayuran sahaja. Gunakan MINYAK BARU jika mahu membuat sabun untuk cuci badan dan baju.
Jika kamu mempunyai banyak minyak gorengan terpakai, jangan lah di buang minyak tu, tapi boleh digunakan untuk membuat SABUN CUCI PINGGAN macam ni.
Sabun yang dibuat sendiri macam ni sangat selamat untuk kulit sensitif kerana TIADA SLS
(Sodium Lauryl Sulfate).
Kak Piah nak kongsi bagaimana cara membuat SABUN CUCI PINGGAN menggunakan TEKNIK COLD PROSES.
Caranya amatlah mudah. Kacau kacau sahaja,siap. Resepi ini boleh dapat 4 bekas sabun cuci pinggan saiz seperti diatas.
850g minyak masak terpakai / baru.
200g air.
200g sodium hidroxide.
Boleh campur essential oil seperti bauan lemon untuk mewangikan sabun jika mahu. Essential oil itu boleh dimasukkan ke dalam minyak sebelum diadun, tapi Kak Piah biasanya tak letak pewangi pun sewaktu membuat sabun cuci pinggan kerana wangian akan hilang setelah 4 minggu disimpan.
Gunakan sarung tangan dan penutup hidung sewaktu nak membuat sabun, yer..
Dalam video ni, Kak Piah buat 2x ganda resepi di atas, taw π
Masukkan sodium hidroxide ke dalam air, kacau hingga sebati, Kemudian masukkan larutan tu ke dalam minyak dan kacau sehingga likat. Setelah itu boleh tuang ke dalam bekas tipuware, Nak guna bekas axion lama pun boleh, nak guna bekas seperti Kak Piah tu pun boleh. Seeloknya penutup bekas itu dilubangkan supaya pengudaraan baik dan dapat bantu percepatkan proses penurunan kadar ph sabun.
Simpan dahulu sabun itu selama 4 minggu pada suhu bilik sahaja sebelum ianya digunakan. Tujuannya ialah untuk menurunkan kadar ph sabun itu. Ini kerana kadar ph sabun yang dibuat menggunakan teknik cold proses menyamai ph klorok pada hari pertama hingga 4 minggu. Setelah 4 minggu, barulah ia selamat untuk digunakan dan ia sangat berbuih, taw..
SELAMAT MENCUBA π
Boleh hubungi saya jika perlu dengan menekan link dibawah.
WHATSAPP https://wa.me/601127708450
FACEBOOK http://www.facebook.com/share/52tf8S8T1LSdXtD5/?mibextid=qi2Omg
TIKTOK https://www.tiktok.com/@kakpiahmersing?_t=8qEo7kl8rge&_r=1
SHOPEE http://shopee.com.my/sapiah1978?smtt=0.0.9
No comments:
Post a Comment