SCOBY KOMBUCHA MURAH VIRAL SEDAP
CENDAWAN MEKAH MINUMAN PROBIOTIK by Kak Piah MERSING
Apa itu KOMBUCHA ?
Kombucha ialah sejenis minuman probiotik semulajadi yang diperbuat daripada air teh o manis yang diperam minimum 7 hari dan boleh diperam sehingga beberapa minggu kedepannya juga. Tiada tempoh maksimum dalam pemeraman air KOMBUCHA. Semakin lama ia diperam, ia akan menjadi semakin masam sahaja.
Minuman kesihatan ini kaya dengan bakteria baik (probiotik & prebiotik), vitamin B dan C, juga mengandungi asid asetic dan asid amino. Teh yang ditapaikan ini sebenarnya telah lama di amalkan oleh orang tua-tua kita namun hanya baru-baru ini sahaja ia kembali popular. Teh kombucha juga dikenali sebagai teh cendawan mekah ataupun juga dikenali sebagai mut mut (mud mud) dan juga alga mekah. Walaupun berbeza nama tapi ia adalah benda yang serupa. Ia bukan sahaja minuman yang sedap malah berkhasiat jika di amalkan dengan cara yang betul. Rasa airnya seperti TEA O LIMAU BERSODA, ianya sedap diminum sejuk.
APA KHASIAT TEH KOMBUCHA ?
Membantu penghadaman.
Menurunkan beratbadan.
Meningkatkan tenaga.
Membersihkan dan detoksifikasi badan.
Membantu sistem imun.
Mengurangkan sakit sendi.
Mengurangkan risiko kanser.
Menurunkan gula darah diabetis.
Ia juga boleh di sapu ke wajah setiap hari sebagai TONER untuk cantik glowing, tawww
CARA MINUM AIR KOMBUCHA
Beberapa hari yang pertama, minum suku cawan je sehari. Seterusnya boleh minum setengah cawan, kemudian boleh minum 1 cawan sehari.
Slow slow la mengamalkannya sebab perut belum terbiasa dgn minuman probiotik. Jika dah biasa nanti, boleh jer nak minum 3 hingga 4 cawan setiap hari, takde masalah..
CARA BUAT AIR KOMBUCHA
Kita memerlukan SCOBY KOMBUCHA untuk memulakan proses pemeraman air probiotik ini. Perkataan SCOBY ialah singkatan untuk "symbiotic culture of bacteria and yeast".
Jika tiada SCOBY, kita juga boleh menggunakan air kombucha yang original untuk menggantikannya. Tapi pastikan ianya ORI TANPA PERASA, tanpa 2nd fermentation with fruit atau lain lain tu.
Inilah dia contoh scoby kombucha. Teksturnya kenyal dan lembut seperti NATA DE COCO, ia juga boleh dimakan walaupun rasanya sedikit masam.
Bekas besar.
Air tea O 3 liter (suhu bilik)
Gula putih 1 cup.
Scoby kombucha + air starter (air kombucha)
Kacau gula hingga sebati bersama tea O.
Masukkan scoby + air starter.
Siap untuk di peram.
BEKAS JANGAN DI TUTUP KETAT.
Peram 7 hari kat tempat gelap.
Sepanjang 7 hari tu, jangan goyang bekas, jangan intai atau usik langsung ๐คฃ
(kalo boleh tahan hati la sbb takut ganggu proses penghasilan scoby baru)
BUIH BUIH yang kelihatan sepanjang proses fermentasi adalah tanda ia sedang "menjadi". Bubble is good sign of fermentation.
Selepas 7 hari, jika terdapat scoby baru di lapisan atas, bermakna proses peraman telah berjaya.
Boleh lah di tapis air tea tu. Simpan dlm peti sejuk. Tahan berbulan-bulan jika disimpan dalam peti sejuk. Cuma perlu dibuka penutup botol setiap 3 atau 4 hari sekali untuk mengeluarkan gas yang berada di dalam botol tersebut. Ini kerana air kombucha mengandungi gas macam air gas coca-cola dan lain lain tu.
Boleh start buat air kombucha yang baru pula selepas itu.
BAGAIMANA RUPA SCOBY YANG ROSAK TERINFEKSI DENGAN BAKTERIA ATAU KULAT ITU ?
Ini ialah contoh scoby yang rosak. Jika terjadi macam ni, ia perlulah di buang.
Adakah semua yang hitam pada scoby kombucha itu ialah sejenis kulat ?
Tak !!! Ini contohnya.
CARA SIMPAN SCOBY JIKA TIDAK DIGUNAKAN
Jika taknak buat air kombucha, simpan scoby bersama sedikit baki air kombucha tu pada suhu bilik sahaja, jangan tutup rapat supaya ia dapat bernafas.
Bagi scoby makan gula 1x sebulan jika tidak digunakan. Setiap 7 hari, ia akan beranak satu lapisan scoby baru, penat la nak jaga nanti ๐.
Boleh berbagi-bagi kepada kawan-kawan nanti supaya mereka juga mendapat manafaat baik daripadanya.
ADAKAH AIR KOMBUCHA HALAL ?
YES IA HALAL. Alkohol yang terhasil dari proses peraman kombucha hanya kurang dari 0.5% sahaja.
Sedangkan tahap alkohol yang dibenarkan untuk diambil oleh orang Islam ialah 1%.
Bukan alkohol arak maksudnya ialah alkohol dari proses fermentasi sahaja. Kalo arak memang nyata adalah HARAM. Boleh rujuk link Mufti Selangor ini untuk membaca dengan lebih lanjut.
@aa:https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/site/jawapan?id=3807
boleh refer link ni ya untuk baca HALAL KOMBUCHA
Soalan ☝
Jawapan ☝
SEMOGA BERMANAFAAT. SELAMAT MENCUBA.
Boleh hubungi saya jika perlu dengan menekan link dibawah.
WHATSAPP https://wa.me/601127708450
FACEBOOK http://www.facebook.com/share/52tf8S8T1LSdXtD5/?mibextid=qi2Omg
TIKTOK https://www.tiktok.com/@kakpiahmersing?_t=8qEo7kl8rge&_r=1
SHOPEE http://shopee.com.my/sapiah1978?smtt=0.0.9
No comments:
Post a Comment