Hai π
Terima kasih kerana kembali lagi ke blog Kak Piah ni.
Kak Piah merupakan seorang usahawan kecil dibawah bimbingan USAHANITA MALAYSIA.
Apakah USAHANITA tu ?
Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra (USAHANITA) telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1984. Persatuan ini merupakan salah satu persatuan yang berdaftar sebagai pertubuhan Perdagangan. Ruang lingkung utama ahli USAHANITA adalah Usahawan Wanita, dan syarat utama menjadi ahli USAHANITA adalah mempunyai SSM yang aktif.
Haaa jadi nak sertainya sangatlah mudah, hanya perlu mempunyai SSMyang aktif sahaja. Mereka akan bantu membimbing kita hingga berjaya, In Shaa Allah.
Setiap minggu, beberapa kelas online di adakan bagi memberi info kepada peserta.
Kak Piah akan mengikuti kursus yang akan mereka anjurkan pada akhir bulan ini. nanti Kak Piah akan update disini,yer...π
Ini ialah link USAHANITA , boleh tekan link ini jika berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
https://usahanita.org/
No comments:
Post a Comment