Thursday, 3 October 2024

Assalaamualaikum , hai semua

Selamat datang ke web Kak Piah. 

Selamat Berkenalan..

Perkenalkan Kak Piah berasal dari negeri Terengganu dan kini menetap di Mersing, Johor.

Sudah berkahwin dan mempunyai 4 cahaya mata, alhamdulillah...



Kak Piah merupakan seorang usahawan kecil kecilan yang mengusahakan produk homemade di rumah sejak11 tahun yang lepas bermodalkan rm20 sahaja di dalam tangan.


Segalanya bermula apabila Kak Piah mengalami pelbagai masalah kewanitaan setelah bersalinkan anak yang ke empat. Kak Piah sebelum ini ialah seorang ANTI JAMU taww. Kak Piah tidak percaya kepada jamu, sakit sikit gi klinik, sikit sikit ke klinik, sehinggalah akhirnya terpaksa mencari jamu juga setelah segalanya dah teruk tak terbantu dengan ubat klinik dah... Masalah apa yang tak Kak Piah rasa, you name it.. keputihan teruk sampai hijau, lecak basah yang melekat kat kerusi tempat duduk (memalukan), longgar macam lubang gajah, badan letih lemah lesu sentiasa, tiada keinginan untuk melayan suami, peranakan jatuh...perghhh seksa sakit dia..ketawa sakit, batuk sakit, layan suami lagi sakit... Alhamdulillah akhirnya semua tu hilang lesap apabila amal makan jamu manjakani ajaran kakak ipar tu, alhamdulillah.




Kak Piah mula membuat jamu untuk dimakan sendiri sahaja berkat ajaran daripada kakak ipar Kak Piah yang dibesarkan oleh neneknya, seorang bidan kampung. Dia mengajar Kak Piah untuk memasukkan serbuk manjakani kedalam kapsul kosong. Awak semua boleh membuatnya sendiri di rumah. Beli buah manjakani tu kat kedai, ada digantung kat bahagian rempah masakan taw.. Awak sangaikan dia. maksud sangai ialah GORENG TANPA MINYAK selama beberapa minit supaya ia rapuh dan mudah untuk di tumbuk. Setelah ditumbuk halus, bolehlah masukkan ia ke dalam kapsul kosong seperti ini. Makan 2 biji setiap hari sewaktu perut berisi. Jangan makan manjakani sewaktu perut kosong kerana ia boleh menyebabkan rasa loya dek kerana angin dari perut menolak ke atas. Orang ganu cakap "luga perut"πŸ˜‚.




Klik link ini  http://vt.tiktok.com/ZS2TutQAW/   untuk melihat video cara masukkan serbuk jamu ke dalam kapsul untuk dimakan sendiri. Cara ini dapat membantu untuk TIDAK MERASA PAHIT nya berjamu 😊.


Kak Piah juga membuat pelbagai jenis sabun homemade antaranya SABUN CUCI PINGGAN MENGGUNAKAN MINYAK TERPAKAI. Kak Piah selalu berkongsi cara cara membuatnya di TIKTOK https://www.tiktok.com/@kakpiahmersing?_t=8qEo7kl8rge&_r=1




Kak Piah sering berkongsikan cerita mengenai rutin harian Kak Piah di facebook Kak Piah (sila lah klik link ini jika mahu ke facebook Kak Piah) http://www.facebook.com/share/52tf8S8T1LSdXtD5/?mibextid=qi2Omg  


Kak Piah juga turut menjual beberapa barangan di shopee dan tiktok. Jemput lah melawat kedai kak Piah disana yer😚


Ini link kedai Kak Piah di shopee πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

http://shopee.com.my/sapiah1978?smtt=0.0.9



Terima kasih kerana telah membacanya sehingga tamat 😍

So SELAMAT BERKENALAN.

Boleh hubungi saya jika perlu dengan menekan link dibawah.

WHATSAPP  https://wa.me/601127708450

FACEBOOK http://www.facebook.com/share/52tf8S8T1LSdXtD5/?mibextid=qi2Omg 

TIKTOK  https://www.tiktok.com/@kakpiahmersing?_t=8qEo7kl8rge&_r=1

SHOPEE  http://shopee.com.my/sapiah1978?smtt=0.0.9


No comments:

Post a Comment

 Air probiotik kombucha merupakan minuman fermentasi yang dihasilkan dari teh manis yang difermentasi dengan bantuan ragi dan bakteri baik. ...