Friday, 24 January 2025




 Air probiotik kombucha merupakan minuman fermentasi yang dihasilkan dari teh manis yang difermentasi dengan bantuan ragi dan bakteri baik. Kombucha telah dikenali sejak berabad-abad lalu, terutama di kawasan Asia, kerana manfaat kesihatannya yang luar biasa. Berikut adalah beberapa kebaikan air probiotik kombucha untuk kesihatan tubuh manusia.


1. Meningkatkan Sistem Pencernaan

   Air kombucha kaya dengan probiotik, yang merupakan mikroorganisma hidup yang baik untuk saluran pencernaan. Probiotik ini membantu menyeimbangkan bakteria dalam usus, memperbaiki proses pencernaan, dan mengurangkan masalah seperti sembelit dan perut kembung. Pengambilan kombucha secara berkala dapat membantu meningkatkan kesihatan usus dan menyokong sistem pencernaan yang lebih b…

 Kak Piah Mersing: Jom terai amal minum air Cendawan Mekah Scoby Kombucha viral murah Mersing ni dan rasai perbezaannya pada tubuh kita.


Air probiotik kombucha merupakan minuman fermentasi yang dihasilkan dari teh manis yang difermentasi dengan bantuan SCOBY KOMBUCHA. 


Kombucha telah dikenali sejak berabad-abad lalu, terutama di kawasan Asia, kerana manfaat kesihatannya yang luar biasa. 


Berikut adalah beberapa kebaikan air probiotik kombucha untuk kesihatan tubuh manusia.


1. Meningkatkan Sistem Pencernaan.

   Air kombucha kaya dengan probiotik, yang merupakan mikroorganisma hidup yang baik untuk saluran pencernaan. Probiotik ini membantu menyeimbangkan bakteria dalam usus, memperbaiki proses pencernaan, dan mengurangkan masalah seperti sembelit dan perut kembung. Pengambilan kombucha secara berkala dapat membantu meningkatkan kesihatan usus dan menyokong sistem pencernaan yang lebih baik.


2. Meningkatkan Sistem Imunisasi 

   Kombucha mengandungi antioksidan, vitamin, dan mineral yang penting untuk tubuh. Ia turut membantu meningkatkan sistem imun dengan cara melawan radikal bebas dan melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan. Probiotik dalam kombucha juga dapat menyokong sistem imun dengan meningkatkan jumlah bakteria baik dalam tubuh, yang membantu mencegah jangkitan.


3. Menjaga Keseimbangan Gula dalam Darah

   Beberapa kajian menunjukkan bahawa kombucha dapat membantu menstabilkan kadar gula dalam darah. Kandungan asid organik dalam kombucha, seperti asid asetat, dipercayai membantu mengawal kadar gula dan meningkatkan sensitiviti insulin, yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang mengalami masalah dengan kadar gula darah tinggi.


4. Meningkatkan Kesihatan Mental

   Kombucha juga didapati mempunyai kesan positif terhadap kesihatan mental. Probiotik yang terkandung dalam minuman ini dapat menyokong kesihatan usus, yang seterusnya berhubung kait dengan keseimbangan emosi. Dengan meningkatkan jumlah bakteria baik dalam usus, kombucha berpotensi untuk mengurangkan stres, kecemasan, dan juga meningkatkan mood secara keseluruhan.


5. Membantu Detoksifikasi

   Kombucha mengandungi asid glukuronik yang membantu proses detoksifikasi tubuh. Ia berperanan dalam membersihkan hati daripada toksin dan bahan-bahan berbahaya, membolehkan tubuh berfungsi dengan lebih baik dan meningkatkan tahap tenaga.


Secara keseluruhannya, air probiotik kombucha merupakan minuman yang memberikan pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh, daripada meningkatkan pencernaan hingga menyokong sistem imun dan kesihatan mental. Namun, seperti mana-mana minuman atau makanan tambahan, pengambilan yang seimbang adalah penting agar manfaatnya dapat dinikmati tanpa kesan sampingan.


Berminat untuk jadi pemborong, ?

Boleh whatsapp kak Piah di 

+601127708450

atau

SHOPEE

https://shopee.com.my/sapiah1978?smtt=0.0.9


TIKTOK

https://www.tiktok.com/@kakpiahmersing?_t=8qEo7kI8rge&_r=1


Friday, 1 November 2024



CERITA KOMBUCHA LAGI



Kak Piah sekeluarga memang dah ketagih ngan air kombucha ni, tak boleh hidup tanpanya. Minum airnya buat lawas membuang, hilang sakit sendi, bikin imun badan bertambah bagus  juga Alhamdulillah. 

Rasanya masam macam minum air tea o limau tapi ada rasa sedikit bersoda, ada yang kata rasanya menyamai rasa air zapple. Modal murah jer nak membuat air probiotik kombucha ni, hanya guna air tea o manis sahaja, peram 7 hari, siap air best ni. 

Ada yang cakap, dia peram dalam tanah, dia tanam. Itu pun salah satu cara yang bagus dalam proses fermentasi. Kita buat dia 😍

Boleh jer TRY AND ERROR ataupun TERAI AND BERJAYA.

Yang pentingnya ialah air ini kaya dengan probiotik dan ia adalah halal.


Khasiat Teh Kombucha

membantu penghadaman.

menurunkan beratbadan.

meningkatkan tenaga.

improve digestive system

detoksifikasi badan.

membantu sistem imun.

mengurangkan sakit sendi.

masalah batuk dan asthma.

mengurangkan risiko kanser.


CARA MEMBUAT AIR SCOBY KOMBUCHA EDISI VIDEO




Bekas besar.

Air tea o 3 liter.

Gula putih 1 cup.

Scoby+air starter


Kacau gula hingga sebati  bersama tea o.

Masukkan scoby+air starter.

BEKAS JANGAN DI TUTUP KETAT.

Peram 7 hari kat tempat gelap.


SELAMAT MENCUBA


Boleh hubungi Kak Piah jika perlu dengan menekan link dibawah.


WHATSAPP  https://wa.me/601127708450


FACEBOOK http://www.facebook.com/share/52tf8S8T1LSdXtD5/?mibextid=qi2Omg 


TIKTOK  https://www.tiktok.com/@kakpiahmersing?_t=8qEo7kl8rge&_r=1


SHOPEE  http://shopee.com.my/sapiah1978?smtt=0.0.9


Thursday, 17 October 2024

SABUN HOMEMADE

 Hai semua, jumpa lagi. Kali ni Kak Piah nak bercerita pasal SABUN HOMEMADE pula. Kamu semua pun boleh buat sabun sendiri di rumah. Ada dua teknik untuk membuat sabun iaitu teknik COLD PROSES dan HOT PROSES. Teknik cold proses tidak memerlukan penggunaan dapur gas manakala teknik hot proses memerlukan penggunaan dapur gas.



Ini ialah sebahagian daripada sabun homemade yang Kak Piah hasilkan menggunakan minyak sayuran sahaja. Gunakan MINYAK BARU jika mahu membuat sabun untuk cuci badan dan baju.



Jika kamu mempunyai banyak minyak gorengan terpakai, jangan lah di buang minyak tu, tapi boleh digunakan untuk membuat SABUN CUCI PINGGAN macam ni. 

Sabun yang dibuat sendiri macam ni sangat selamat untuk kulit sensitif kerana TIADA SLS 
(Sodium Lauryl Sulfate).

Kak Piah nak kongsi bagaimana cara membuat SABUN CUCI PINGGAN menggunakan TEKNIK COLD PROSES.

Caranya amatlah mudah. Kacau kacau sahaja,siap. Resepi ini boleh dapat 4 bekas sabun cuci pinggan saiz seperti diatas.

850g minyak masak terpakai / baru.
200g air.
200g sodium hidroxide.

Boleh campur essential oil seperti bauan lemon untuk mewangikan sabun jika mahu. Essential oil itu boleh dimasukkan ke dalam minyak sebelum diadun, tapi Kak Piah biasanya tak letak pewangi pun sewaktu membuat sabun cuci pinggan kerana wangian akan hilang setelah 4 minggu disimpan.

Gunakan sarung tangan dan penutup hidung sewaktu nak membuat sabun, yer..



Dalam video ni, Kak Piah buat 2x ganda resepi di atas, taw 😉

Masukkan sodium hidroxide ke dalam air, kacau hingga sebati, Kemudian masukkan larutan tu ke dalam minyak dan kacau sehingga likat. Setelah itu boleh tuang ke dalam bekas tipuware, Nak guna bekas axion lama pun boleh, nak guna bekas seperti Kak Piah tu pun boleh. Seeloknya penutup bekas itu dilubangkan supaya pengudaraan baik dan dapat bantu percepatkan proses penurunan kadar ph sabun.

Ini contoh bekas yang dilubangkan.

Simpan dahulu sabun itu selama 4 minggu pada suhu bilik sahaja sebelum ianya digunakan. Tujuannya ialah untuk menurunkan kadar ph sabun itu. Ini kerana kadar ph sabun yang dibuat menggunakan teknik cold proses menyamai ph klorok pada hari pertama hingga 4 minggu. Setelah 4 minggu, barulah ia selamat untuk digunakan dan ia sangat berbuih, taw..





SELAMAT MENCUBA 😍


Boleh hubungi saya jika perlu dengan menekan link dibawah.

WHATSAPP  https://wa.me/601127708450

FACEBOOK http://www.facebook.com/share/52tf8S8T1LSdXtD5/?mibextid=qi2Omg 

TIKTOK  https://www.tiktok.com/@kakpiahmersing?_t=8qEo7kl8rge&_r=1

SHOPEE  http://shopee.com.my/sapiah1978?smtt=0.0.9



  

 






Wednesday, 16 October 2024


SCOBY KOMBUCHA MURAH VIRAL SEDAP 
CENDAWAN MEKAH MINUMAN PROBIOTIK by Kak Piah MERSING

Apa itu KOMBUCHA ?
Kombucha ialah sejenis minuman probiotik semulajadi yang diperbuat daripada air teh o manis yang diperam minimum 7 hari dan boleh diperam sehingga beberapa minggu kedepannya juga. Tiada tempoh maksimum dalam pemeraman air KOMBUCHA. Semakin lama ia diperam, ia akan menjadi semakin masam sahaja.

Minuman kesihatan ini kaya dengan bakteria baik (probiotik & prebiotik), vitamin B dan C, juga mengandungi asid asetic dan asid amino. Teh yang ditapaikan ini sebenarnya telah lama di amalkan oleh orang tua-tua kita namun hanya baru-baru ini sahaja ia kembali popular. Teh kombucha juga dikenali sebagai teh cendawan mekah ataupun juga dikenali sebagai mut mut (mud mud) dan juga alga mekah. Walaupun berbeza nama tapi ia adalah benda yang serupa.  Ia bukan sahaja minuman yang sedap malah berkhasiat jika di amalkan dengan cara yang betul. Rasa airnya seperti TEA O LIMAU BERSODA, ianya sedap diminum sejuk.



APA KHASIAT TEH KOMBUCHA ?

Membantu penghadaman.
Menurunkan beratbadan.
Meningkatkan tenaga.
Membersihkan dan detoksifikasi badan.
Membantu sistem imun.
Mengurangkan sakit sendi.
Mengurangkan risiko kanser.
Menurunkan gula darah diabetis.

Ia juga boleh di sapu ke wajah setiap hari sebagai TONER untuk cantik glowing, tawww


CARA MINUM AIR KOMBUCHA
Beberapa hari yang pertama, minum suku cawan je sehari. Seterusnya boleh minum setengah cawan, kemudian boleh minum 1 cawan sehari.
Slow slow la mengamalkannya sebab perut belum terbiasa dgn minuman probiotik. Jika dah biasa nanti, boleh jer nak minum 3 hingga 4 cawan setiap hari, takde masalah..




CARA BUAT AIR KOMBUCHA
Kita memerlukan SCOBY KOMBUCHA untuk memulakan proses pemeraman air probiotik ini. Perkataan SCOBY ialah singkatan untuk "symbiotic culture of bacteria and yeast".
 Jika tiada SCOBY, kita juga boleh menggunakan air kombucha yang original untuk menggantikannya. Tapi pastikan ianya ORI TANPA PERASA, tanpa 2nd fermentation with fruit atau lain lain tu.


Inilah dia contoh scoby kombucha. Teksturnya kenyal dan lembut seperti NATA DE COCO, ia juga boleh dimakan walaupun rasanya sedikit masam. 

Bekas besar.
Air tea O 3 liter (suhu bilik)
Gula putih 1 cup.
Scoby kombucha + air starter (air kombucha)

Kacau gula hingga sebati  bersama tea O.
Masukkan scoby + air starter.
Siap untuk di peram.

BEKAS JANGAN DI TUTUP KETAT.
Peram 7 hari kat tempat gelap.
Sepanjang 7 hari tu, jangan goyang bekas, jangan intai atau usik langsung 🤣
(kalo boleh tahan hati la sbb takut ganggu proses penghasilan scoby baru)

BUIH BUIH yang kelihatan sepanjang proses fermentasi adalah tanda ia sedang "menjadi". Bubble is good sign of fermentation.

Selepas 7 hari, jika terdapat scoby baru di lapisan atas, bermakna proses peraman telah berjaya.

Boleh lah di tapis air tea tu. Simpan dlm peti sejuk. Tahan berbulan-bulan jika disimpan dalam peti sejuk. Cuma perlu dibuka penutup botol setiap 3 atau 4 hari sekali untuk mengeluarkan gas yang berada di dalam botol tersebut. Ini kerana air kombucha mengandungi gas macam air gas coca-cola dan lain lain tu.

Boleh start buat air kombucha yang baru pula selepas itu.


Inilah dia rupa air kombucha pada hari ke 7. Satu lapisan scoby baru yang dipanggil "anak atau baby scoby" terhasil di permukaan air kombucha itu. Scoby pertama yang kita gunakan sewaktu mula mula buat peraman tu biasanya berada di bawah scoby yang baru itu. Kadang kala ia tenggelam di dasar botol atau di tengah botol. Itu bukan satu masalah jika ia tenggelam. Ia boleh digunakan berulang kali sehingga kita sendiri nak "buang ia" atau ia perlu dibuang kerana rosak akibat terinfeksi dengam bakteria jahat.


BAGAIMANA RUPA SCOBY YANG ROSAK TERINFEKSI DENGAN BAKTERIA ATAU KULAT ITU ?

Ini ialah contoh scoby yang rosak. Jika terjadi macam ni, ia perlulah di buang.

Adakah semua yang hitam pada scoby kombucha itu ialah sejenis kulat ? 
Tak !!! Ini contohnya.


Jadi tak semua benda yang kelihatan hitam itu ialah tanda tidak bagus. 


CARA SIMPAN SCOBY JIKA  TIDAK DIGUNAKAN 
Jika taknak buat air kombucha, simpan scoby bersama sedikit baki air kombucha tu pada suhu bilik sahaja, jangan tutup rapat supaya ia dapat bernafas.
Bagi scoby makan gula 1x sebulan jika tidak digunakan. Setiap 7 hari, ia akan beranak satu lapisan scoby baru, penat la nak jaga nanti 😂. 
Boleh berbagi-bagi kepada kawan-kawan nanti supaya mereka juga mendapat manafaat baik daripadanya.


ADAKAH AIR KOMBUCHA HALAL ?

YES IA HALAL. Alkohol yang terhasil dari proses peraman kombucha hanya kurang dari 0.5% sahaja. 
Sedangkan tahap alkohol yang dibenarkan untuk diambil oleh orang Islam ialah 1%. 
Bukan alkohol arak maksudnya ialah alkohol dari proses fermentasi sahaja. Kalo arak memang nyata adalah HARAM. Boleh rujuk link Mufti Selangor ini untuk membaca dengan lebih lanjut. 

@aa:https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/site/jawapan?id=3807 
boleh refer link ni ya untuk baca HALAL KOMBUCHA

Soalan ☝


 

Jawapan ☝

SEMOGA BERMANAFAAT. SELAMAT MENCUBA.

Boleh hubungi saya jika perlu dengan menekan link dibawah.

WHATSAPP  https://wa.me/601127708450

FACEBOOK http://www.facebook.com/share/52tf8S8T1LSdXtD5/?mibextid=qi2Omg 

TIKTOK  https://www.tiktok.com/@kakpiahmersing?_t=8qEo7kl8rge&_r=1

SHOPEE  http://shopee.com.my/sapiah1978?smtt=0.0.9







Tuesday, 15 October 2024

 KRIM LOBATA



Sebelum Kak Piah cerita bab KRIM LOBATA , Kak Piah nak cerita dulu bab KHASIAT SERBUK LOBATA PUERARIA MIRIFICA.

Siapa yang belum tau ?
Meh sini nak cerita. Sebelum tu meh kita tengok dulu bagaimana rupa bentuk ubi lobata nih.


Rupanya pun dah bulat camtu kan...😍

KHASIAT LOBATA PUERARIA MIRIFICA 

Khasiatnya menambah saiz dan menegangkan payudara. Mencerahkan kulit termasuklah kulit pada bahagian puting payudara. Menjadikan kulit lebih lembut dan lebih ‘muda’. Menegangkan payudara dan punggung yang kendur. Melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak. Merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim. Menghalang jangkitan pada vagina dan pundi kencing (bladder) Membantu menghitamkan rambut beruban dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain. Mengatasi masalah sukar tidur. Menganjalkan kulit yang melendut. Melambatkan proses penuaan dan pre menopause. Menambah tenaga dan kecergasan.

Haaa begitulah khasiat ubi lobata pueraria mirifica ni. Ia tergolong dalam sejenis ubi, taw..
Jadi jika ada sesiapa yang "kalah" dengan ubi, makan ubi perut jadi kembung berangin, elok lah menggunakan KRIM LOBATA sahaja untuk sapu sapu payudara bagi mendapat hasil up up montok payudara. 


CARA GUNA PUN SENANG SANGAT.
Ambil sedikit Krim Lobata, sapu di kedua tapak tangan lalu diusap rata ke payudara dengan gerakan bulatan sambil angkat payudara naik keatas. Urut selama 5 hingga 10 minit, sapu dua kali sehari selepas mandi.

FEEDBACK KRIM LOBATA SANGAT BANYAK 😍
Antaranya ialah :


      



Boleh hubungi saya jika perlu dengan menekan link dibawah.

WHATSAPP  https://wa.me/601127708450

FACEBOOK http://www.facebook.com/share/52tf8S8T1LSdXtD5/?mibextid=qi2Omg 

TIKTOK  https://www.tiktok.com/@kakpiahmersing?_t=8qEo7kl8rge&_r=1

SHOPEE  http://shopee.com.my/sapiah1978?smtt=0.0.9


Saturday, 12 October 2024



KRIM MANJAKANI MANJAZIPP KETAT RAPAT SEMPIT MURAH VIRAL MERSING BERKESAN DENGAN HERBA PREMIUM TRUSTED DIPERCAYAI DAN LULUS KKM 

KKM NOT241006278K


Sesiapa yang tidak pernah menggunakan KRIM MANJAKANI MANJAZIPP Kak Piah ni memang rugi sangat kerana krim ini sangat bagus untuk para wanita. Selain daripada MEMBERI EFEK KETAT RAPAT SEMPIT SEGERA SELEPAS MEMAKAINYA, ia juga dapat membantu mengatasi masalah keputihan, bau yang tidak menyenangkan di bahagian sulit dan dapat mengatasi kegatalan pada miss v kita selain menganjalkannya.

  

KKM NOT241006278K




Cara pakainya mudah sekali, hanya perlu disapu dua kali sehari sahaja. Sapu sapu ke "dalam" juga untuk memberi kesan ketat segera itu. Dah la wangi, anjal, dapat kesan bagai dara sunti pula.




Sesiapa yang belum cuba memang ler rugi kerana dah ramai yang mengamalkannya dan continue repeat order lagi.

    
Kata mereka "SAYA DAH TRY, MEMUASKAN, DAPAT RASA KESAN APABILA BERSAMA"
Lagi kata mereka "JADI SUPRISE UNTUK SUAMI"


  
Kata mereka lagi ;, KRIM NI MEMANG POWER, DAH CUBA 3, 4 KALI, TAK KESATKAN MISS V, PRODUK MEMANG MENJADI".
Lagi kata mereka, SANGAT BERKESAN, SEKALI PAKAI TERUS MANTAP, KALI KETIGA DAH REPEAT ORDER, MISS V TAK GATAL SELEPAS PAKAI HILANG BAU BUSUK BAHAGIAN SULIT".

Jadi apa tunggu lagi wahai santik santik semua, dapatkannya sekarang.

Boleh tekan mana mana link untuk sebarang pertanyaan mengenai KRIM MANJAKANI MANJAZIPP

WHATSAPP KAK PIAH  https://wa.me/601127708450

FACEBOOK http://www.facebook.com/share/52tf8S8T1LSdXtD5/?mibextid=qi2Omg 

TIKTOK  https://www.tiktok.com/@kakpiahmersing?_t=8qEo7kl8rge&_r=1

SHOPEE  http://shopee.com.my/sapiah1978?smtt=0.0.9




 

Hai 😍

Terima kasih kerana kembali lagi ke blog Kak Piah ni. 

Kak Piah merupakan seorang usahawan kecil dibawah bimbingan USAHANITA MALAYSIA.




Apakah USAHANITA tu ?

Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra (USAHANITA) telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1984. Persatuan ini merupakan salah satu persatuan yang berdaftar sebagai pertubuhan Perdagangan. Ruang lingkung utama ahli USAHANITA adalah Usahawan Wanita, dan syarat utama menjadi ahli USAHANITA adalah mempunyai SSM yang aktif.

Haaa jadi nak sertainya sangatlah mudah, hanya perlu mempunyai SSMyang aktif sahaja. Mereka akan bantu membimbing kita hingga berjaya, In Shaa Allah.

Setiap minggu, beberapa kelas online di adakan bagi memberi info kepada peserta.

Kak Piah akan mengikuti kursus yang akan mereka anjurkan pada akhir bulan ini. nanti Kak Piah akan update disini,yer...😊


Ini ialah link USAHANITA , boleh tekan link ini jika berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

https://usahanita.org/

 Air probiotik kombucha merupakan minuman fermentasi yang dihasilkan dari teh manis yang difermentasi dengan bantuan ragi dan bakteri baik. ...